ketawa bersama, menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
sejak dua menjak ini makin kerap ku diganggu visi
bila celik, juga bila mimpi
aku nampak kau, tapi bukan aku yang disisi
dia membelai mu dengan izin dan permisi
sentuhan katanya semua kau iyakan
sentuhan jari kau diamkan dan kau biarkan
aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka
beberapa purnama dulu cinta kita bertakhta
kenangan dibina kita indah belaka
ketawa bersama, menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
namun hakikatnya, bukan mudah
aku sembunyikan gulana gundah
segalanya kan berubah
dengar kan apa yang ku mahu luah
*rahsia ini, telah lama aku pendamkan
tiba masanya
segala galanya kuceritakan
aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
tiba masanya, engkau mencari teman pengganti :')
dalam dunia yang maya prejudis dan bias
kita tak terlepas dari terkena tempias
rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
tidak kau bidas,tak berpaling walau sekilas
hanya kau yang tahu kodeks ku yang kompleks
dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
bila dunia seolah tak memahami,
kau sudi selami , dalami dan mengalami
setia mendengar, sentiasa hadir
ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
dalam diam ada sorang yang ku puja
kau teristimewa tapi Dia yang sempurna
Repeat *
sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
dalam persekitaran yang penuh kejumudan
terperangkap dalam jasad ku keliru
mujur ada kau si peneutralisasi pilu
namun aku tetap murung, berkurung
tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
komplikasi di halaman rusuk kiri
makin sukar nak bernafas nak bergerak nak berdiri
lagu ini yang terakhir aku sajikan
kalau rindu nanti boleh lah kau nyanyikan
jaga diri, jangan makan hati
yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
cincin, kunci, dompet dalam laci
ada sikit wang, itu saja baki
moga moga cukup untuk majlis tu nanti
aku kan pergi
bertemu kekasih abadi
tiba masanya
engkau mencari teman pengganti
❤ byebye ❤
No comments:
Post a Comment